Search This Blog

Thursday 20 January 2011

~Oleh : Datuk Harussani Zakaria, Mufti Perak~






Duit PTPTN adalah dari skim yang tidak sah menurut syariat Islam, kerana ia mengandungi riba (qharar). Contohnya peminjam meminjam wang dari PTPTN sebanyak RM 10.000.00 untuk belajar di IPTA atau IPTS dalam Negara. Selepas pelajar tersebut tamat pengajiannya, dia perlu bayar pinjaman tersebut pada kadar yang ditetapkan oleh pihak PTPTN dan dijumlahkan semua bayaran tersebut hampir RM 20.000.00. Jadi lebihan RM 10 000.00 dari pinjaman itu adalah riba. Pendapat saya bahawa PTPTN masih tidak mematuhi cara muamalah Islam. Firman Allah yang bermaksud :



“Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 275)

Perkara ini juga ditegaskan oleh Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria, yang menyebutkan kadar lebihan yang dibayar oleh peminjam PTPTN dianggap riba sekiranya bukan kos perkhidmatan.

“Jika pemberi hutang mengambil untung atas pinjaman yang dikeluarkan dan digunakan untuk menambahkan modal, maka itu adalah riba,” tegas Datuk Harussani.



Ustaz, kalau tidak pinjam PTPTN macam mana hendak bayar yuran, bagaimana hendak sambung belajar, keluarga di kampung tidak mampu untuk membiayai pelajaran saya?

Sepengetahuan saya, jika kita cari dan selidiki sebenarnya ada lagi institusi yang menghulurkan bantuan pelajaran sepertimana PTPTN yang jelas dalam skim mereka tidak mempunyai riba sepertimana PTPTN. Contoh saya berikan di sini ialah seperti Majlis Amanah Rakyat, Pejabat Zakat, Yayasan Pendidikan Negeri, Bank Islam dan sebagainya. Saya sendiri semasa menyambung ijazah sarjana muda dahulu tidak 10 senpun menggunakan PTPTN atau mana-mana badan yang mengandungi riba. Semua bantuan kewangan saya adalah dari sumber-sumber yang dinyatakan di atas ini.



Bagaimana pula orang yang belanja kawan makan atau sebagainya dengan menggunakan menggunakan duit pinjaman PTPTN?

Jawapannya ialah haram jika kita tahu duit itu dari sumber rezeki yang tidak halal iaitu dari hasil riba. Tetapi dimaafkan bagi sesiapa yang memakan riba atau sumber yang haram tanpa diketahuinya. Firman Allah yang bermaksud :



“Dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman.” (Al-Maidah : 88)



Jika kawan kamu belanja atau sedekahkan duit atau seumpama dengannya bukan dari sumber yang haram, maka itu dibolehkan, kerana sedekah itu perkara yang mulia sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik”. (Al-Imran : 134)



Orang yang belanja kawan dengan menggunakan duitnya sendiri selain dari duit PTPTN, tetapi hutang PTPTN tidak dijelaskannya dengan sengaja?

Masalah bayar hutang ataupun tidak, itu adalah dari dirinya dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Hutang perlu dijelaskan bagi yang berkemampuan apabila sampai waktu bayarannya. Orang yang tidak membayar hutang adalah orang yang menzalimi dirinya dan diri orang lain, dia juga akan ditimpa dengan malapetaka yang sangat buruk di dunia dan di akhirat. Hadis Nabi yang bermaksud :



“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya).” (Riwayat Ibnu Majah)



Bagaimana pula bagi orang yang sudah mengambil skim PTPTN dan sudah tentu orang tersebut berada dalam riba?

Jawapannya ialah jika mampu untuk dijelas seluruhnya dengan cash money, maka lebih baik dilangsaikan sahaja hutang PTPTN itu dengan segera supaya kita tidak terlibat dengan riba dan riba yang telah dikenakan casnya tidak terlalu banyak. Manakala bagi orang yang tidak mampu untuk menjelaskan hutang PTPTN sekaligus, maka bayarlah seperti biasa. Masalah ini juga boleh dikategorikan sebagai terdesak dan dalam keadaan darurat sangat dia tiada sumber lain yang dapat memberikan pembiayaan selain dari PTPTN, maka di situ diperbolehkan untuk kita meminjam sekadar untuk menjelaskan yuran dan apa-apa kos pembelajaran sahaja. Hutang perlu dibayar sebab itu adalah hak orang yang memberi hutang, bukan hak orang yang berutang. Ulama berpendapat bahawa orang yang tidak menjelaskan hutang adalah orang yang zalim terhadap orang yang memberikan hutang. Orang yang tidak membayar hutang juga adalah dosa dan selagi mana ia tidak membayar hutang tersebut, maka selagi itulah dia membinasakan dirinya, kerana roh orang yang berutang tidak diterima Allah. Hadis Nabi yang bermaksud :



“Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)

*tibe2 aku musykil plak sal pt ni....erkk....??