Search This Blog

Wednesday 24 August 2011

entry terakhir bulan posa di uitm tahun ni....

bismillahirrahmanirrahim....
terlebih dahulu, marilah kita sama2 sedekahkan alfatihah buat allahyarham adam ibrahim aka adik oman yg telah pergi mengadap tuhan semalam bersamaan 23 ramadhan / 23 ogos 2011...





hari ni hari rabu....sok khamis....
kedah dah stat cuti lusa...so aku aku balik sok la kul 3..
nasib baik mekeme sume dah grad kesat dah minggu pas....haha
alhamdulillah tadi bebuka nasi lauk ayam ala2 kfc (fc) ngn ayo laici kang...
malam ni insist nak g terawih gak....
yela mlm ni last terawih kat sarjana uitm kedah ni tuk tahun ni....
sebak pulak asenye....tah dapat lagi merasa saat2 mcm ni ke idop taun dpn....
tambah 4sure dah kene kick dr kolej kan...haha

teringat plak suasana kat sarjana....rindu....
dah la malam ni imam muda hassan datang sarjana....
adooiii....besnye deme....

balik dari p.i tadi, dalam perjalanan asyik nampak orang nk balik kampung ja....
sumenye dok seret2 beg beso....jeles gua....
dah la pagi sok test speaking...
ape tah aku nak mencarut tah....sabo je la....
ya allah, kau permudahkanlah kami mengharungi ujian esok ya allah....aminn.
cakap pasal balik, tingat pulak taun pas mase aku part 1 aku balik raya time malam....
aku balik berdua ngan dak comey fatihah tu....
kul 9.15.....bes gak....balik mlm2 ni....lain suasana dye ngan balik siang....
salah satu sbb besnye maybe sbb beberapa minit bas jalan sng nak tdo pastu bukak mata dah sampai ipoh.. hahhahaha
mase tu aku sampai ipoh nk dkt kul12....
rase cam heaven kalo dah sampai kg halaman kan...haha
jalan kat mdn gopeng tu dah sunyi....

tunggu akak gua jemput gua pulak....
naik kete motobot tu..haha'

dah la tatau nak mencarut pe tah....

semoga sok aku bangun sahur seperti biasa dgn lancar...
da bli nasi dah ni

Pelajar IPTA cedera rakan kelar leher

2011/08/22

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok dekat sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli, berumur lingkungan 20-an, sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.
"Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek itu rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.

"Dipercayai suspek baru putus cinta sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali mengelar leher mangsa," katanya.

Hashim berkata, mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.

"Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh," katanya.
Sementara itu, bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zulkifli berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada IPTA terbabit pada kira-kira jam 6.15 pagi tadi dan tiba di hospital berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

"Ketika saya tiba di hospital kira-kira jam 9 pagi anak saya masih belum dibawa masuk untuk pembedahan, dia dibawa masuk ke dewan pembedahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim.

Katanya, anak lelakinya itu ditikam di leher sebelah kiri dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius.

Zulkifli berkata, beliau difahamkan bahawa anaknya tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan anaknya menyedari lehernya dikelar apabila pergi ke tandas.

"Berdasarkan apa yang saya tahu daripada anak saya sebelum dia menjalani pembedahan, dia sedar yang lehernya dikelar ketika dia pergi ke tandas ketika melihatnya di cermin," katanya. - BERNAMA